Sila ambil perhatian bahawa anda perlu menggunakan semua cara atau jalan penyelesaian daripada penjual, pengeluar/bank Kad-kad Bayaran anda, dan Atome, sebelum membuat tuntutan dengan Chubb. Anda juga mesti mematuhi terma-terma dan syarat-syarat pengeluar/bank Kad-kad Bayaran anda atau Atome untuk tuntutan di bawah Penipuan Pembelian Dalam Talian.
Untuk tuntutan di bawah Penipuan Pembelian Dalam Talian dan Perlindungan Pembeli, jika anda telah memaklumkan kepada pengeluar/bank Kad-kad Bayaran anda dan Atome untuk mendapatkan penyelesaian dan telah mencuba menghubungi penjual untuk mendapatkan penggantian atau bayaran balik, yang anda dikehendaki lakukan di bawah Polisi, Chubb tidak akan membayar balik kehilangan anda setakat mana anda telah memperoleh semula daripada penjual, pengeluar/bank Kad-kad Bayaran, atau Atome.
Contohnya:
- Jika Barangan Tertanggung bernilai RM150 dan bank membatalkan keseluruhan transaksi atau penjual membayar balik RM150, Chubb tidak akan membayar balik.
- Jika Barangan Tertanggung bernilai RM150 dan penjual hanya membayar balik RM50, Chubb akan membayar balik baki RM100.