Premium RM5 (termasuk cukai yang dikenakan dan komisen 25%) untuk setiap perlindungan 1 bulan di bawah Polisi ini akan dikenakan apabila anda:
(a) memilih untuk menyertai Shopping Secure sebelum pembayaran pembelian anda selesai di Platform Atome; atau
(b) memilih insurans Shopping Secure di bawah tab “Home” di Platform Atome.
Dengan memilih untuk menyertai, anda bersetuju dengan pembaharuan automatik perlindungan anda dan dikenakan premium setiap bulan (“Pembaharuan”), melainkan anda memilih untuk menolak/membatalkan perlindungan. Premium untuk pembaharuan anda akan dikenakan kepada Kaedah Pembayaran yang anda pilih di Platform Atome 24 jam sebelum tamat Tempoh Insurans semasa untuk mana premium dibayar (“Tarikh Pembayaran Pembaharuan”).
Sebagai contoh, jika anda membeli Shopping Secure pada 5 Jan 2025, Tempoh Perlindungan anda adalah dari 5 Jan 2025 hingga 4 Feb 2025. Pada setiap 4 haribulan bagi bulan-bulan berikutnya, premium sebanyak RM5 akan dikenakan dan perlindungan anda akan diperbaharui secara automatik untuk bulan berikutnya. Ini berterusan setiap bulan melainkan anda memilih untuk menolak atau membatalkan perlindungan tersebut.