(a) Untuk Manfaat Kematian Akibat Kemalangan dan Manfaat Hilang Upaya Akibat Kemalangan:
- Kecederaan diri, bunuh diri atau tindakan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang (termasuk kesalahan lalu lintas jalan raya).
- Memandu/menunggang tanpa lesen yang sah.
- Memandu semasa mabuk.
- Sukan profesional/sukan bermotor.
- Perang (sama ada diisytiharkan atau tidak), serangan, perang saudara, rusuhan, kekacauan awam.
- Terlibat dalam penerbangan selain sebagai penumpang yang membayar tambang.
- Keadaan perubatan prawujud.
- Penyakit dan jangkitan.
- Penyakit kelamin, keadaan kongenital.
- Kehamilan, bersalin, keguguran atau pengguguran.
- Rawatan akupunktur.
(b) Untuk Manfaat Penipuan Pembelian Dalam Talian, Manfaat Perlindungan Pembelian dan Manfaat Perlindungan Pembeli:
- Kehilangan yang boleh didapatkan daripada mana-mana sumber lain seperti tetapi tidak terhad kepada pengeluar/bank kad-kad bayaran anda, laman web/platform dagangan Pihak Ketiga dan sebagainya.
- Sebarang kejadian yang berlaku sebelum Tarikh Mula Perlindungan atau selepas Perlindungan anda telah tamat, dibatalkan atau ditamatkan.
- Serangan siber besar-besaran atau potensi serangan siber besar-besaran.
- Sebarang kerugian lain atau kerugian berbangkit, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi tanpa kebenaran pada kad-kad bayaran anda atau di Platform Atome, akibat transaksi penipuan yang membawa kepada klon kad-kad bayaran atau kecurian identiti.
- Kecurian Peranti-peranti Elektronik semasa berada di tempat pekerjaan anda.
- Sebarang tuntutan untuk Kerosakan Dengagn Niat Jahat yang disebabkan oleh anda atau keluarga/saudara terdekat anda.
- Sebarang tuntutan jika anda menjual atau memindahkan pemilikan Barangan Tertanggung kepada orang lain atau kegunaan Barangan Tertanggung dipindahkan kepada orang lain di luar Keluarga/Saudara Terdekat anda.
- Kehilangan Barangan Tertanggung yang bertujuan untuk kegunaan korporat atau perniagaan.
- Barangan Tertanggung dihantar ke alamat yang berbeza daripada alamat yang dinyatakan pada nota penghantaran, di atas permintaan anda.
Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk kepada Keterangan Polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah Polisi.