Anda boleh pergi ke “Safeguard your life” di bawah tab “Home” dalam platform Atome dan ketik pada insurans Shopping Secure untuk membatalkan perlindungan anda di bawah Polisi ini sekurang-kurangnya dua puluh empat (24) jam sebelum tamat Tempoh Insurans semasa yang mana premium telah dibayar, tetapi disebabkan jumlah premium yang nominal, kami tidak akan memproses sebarang bayaran balik.
Sebagai contoh, jika Tempoh Insurans anda adalah 5 Jan 2025 – 4 Feb 2025, anda mesti menulis kepada Chubb untuk membatalkan perlindungan anda sebelum 3 Feb 2025. Jika anda menghantar permintaan pembatalan pada 31 Jan 2025, perlindungan anda akan tetap aktif sehingga 4 Feb 2025 dan akan berhenti bermula 5 Feb 2025.