Barangan pembelian yang boleh diinsuranskan (“Barangan Tertanggung”) adalah apa-apa barangan, perkhidmatan, atau Kandungan Digital yang dibeli oleh Anda –
(a) dalam Tempoh Insurans;
(b) di bawah Struktur Pembayaran Tertunda daripada penjual Atome;
(c) dengan memilih Platform Atome sebagai cara pembayaran di laman web penjual atau dengan mengimbas kod QR Atome di kaunter juruwang penjual;
(d) yang bernilai sekurang-kurangnya RM 125; dan
(e) untuk kegunaan sendiri atau keluarga anda, dan anda mestilah pemilik Barangan Tertanggung tersebut.