Polisi ini melindungi manfaat berikut:
(a) Kematian Akibat Kemalangan - pampasan sekiranya berlaku kematian disebabkan oleh kemalangan;
(b) Hilang Upaya Akibat Kemalangan - pampasan untuk hilang upaya kekal yang dialami akibat kemalangan;
(c) Penipuan Pembelian Dalam Talian - laman web atau platform di mana Barangan Tertanggung dibeli didapati menipu;
(d) Perlindungan Pembelian - Barangan Tertanggung telah rosak atau dicuri dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan; dan
(e) Perlindungan Pembeli - Barangan Tertanggung hilang semasa penghantaran, dihantar ke alamat yang salah, tidak menepati keterangan penjual, atau rosak semasa penghantaran.
Sila rujuk Keterangan Polisi untuk maklumat penuh mengenai semuamanfaat, terma, syarat dan pengecualian yang berkenaan.