Tidak, anda boleh membuat tuntutan selagi polisi anda aktif dan tiada premium bulanan tertunggak, tertakluk kepada syarat polisi dipenuhi.
Contohnya, jika tempoh perlindungan anda adalah dari 1/1/2024 - 31/12/2024, dan anda perlu membuat tuntutan pada 15/3/2024, anda boleh mengemukakan tuntutan walaupun anda hanya membayar premium untuk 3 bulan, kerana premium perlindungan anda adalah secara bulanan. Melainkan tuntutan tersebut menyebabkan pembatalan perlindungan anda, anda perlu terus membayar premium bulanan untuk mengekalkan perlindungan.