Bayaran lewat telah dikenakan ke atas akaun anda kerana pembayaran yang dirancang tidak berjaya. Sila ambil perhatian bahawa bagi setiap pembayaran lewat, Caj Lewat sebanyak RM 23 akan dikenakan, dan mungkin ada penalti tambahan sebanyak RM 7 bergantung kepada sumber pembiayaan Atome yang ditetapkan oleh sistem kami. Tambahan RM 7 ini diperlukan untuk menampung kos yang semakin meningkat.
Untuk mengelakkan caj ini, kami sangat menggalakkan anda membuat pembayaran anda tepat pada masanya. Struktur pembayaran kami kekal tidak berubah, dan kami komited untuk menyediakan pelbagai penyelesaian kewangan kepada anda.
Anda dengan mudah boleh melangsaikan pembayaran tertunggak dengan log masuk ke dalam aplikasi anda. Jumlah maksimum untuk caj pembayaran lewat dan penalti tambahan adalah bergantung pada pelan pembayaran yang telah anda pilih. Caj pembayaran lewat dan/atau penallti tambahan hanya akan dikenakan untuk setiap pembayaran tertunggak sahaja, dan bukan untuk setiap percubaan potongan automatik yang gagal.
Contoh:
Tempoh | Caj Lewat Maksimum (Setiap Pesanan) | Penalti Tambahan Maksimum (Setiap Pesanan) |
3 Ansuran | RM 23 * 2 = RM 46 | RM 7 * 2 = RM 14 |
6 Ansuran | RM 23 * 5 = RM 115 | RM 7 * 5 = RM 35 |
9 Ansuran | RM 23 * 8 = RM 184 | RM 7 * 8 = RM 56 |
12 Ansuran | RM 23 * 11 = RM 253 | RM 7 * 11 = RM 77 |
Kami ingin membantu anda kembali ke landasan secepat mungkin. Jika anda mempunyai pembayaran tertunggak, anda tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan Atome sehingga akaun anda dikemaskini.