Pulangan tunai ialah ganjaran tunai yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti di platform Atome, seperti Refer a Friend atau menyelesaikan cabaran. Anda boleh mengeluarkan pulangan tunai terus ke akaun bank atau eWallet seperti Touch ’n Go atau BigPay.
Buat masa ini, cara utama untuk mendapatkan pulangan tunai adalah melalui program Member Get Member (MGM), yang membolehkan pengguna Atome sedia ada menjemput pengguna baharu. Nantikan lebih banyak peluang untuk mendapatkan pulangan tunai!