Nilai pasaran yang diperoleh daripada ISM-ABI akan disyorkan kepada anda pada halaman sebut harga. Anda boleh melaraskan jumlah yang anda ingin menginsuranskan motosikal anda. Jumlah ini akan menjadi jumlah diinsuranskan bagi motosikal anda.
Anda digalakkan untuk menginsuranskan motosikal anda pada nilai pasaran atau lebih untuk mengelakkan insurans terkurang.
Insurans terkurang berlaku apabila jumlah diinsuranskan bagi motosikal anda kurang daripada nilai pasaran pada masa kerugian. Dalam kes sedemikian, Chubb hanya akan menanggung bahagian kerugian mengikut kadar perbezaan antara nilai pasaran dengan jumlah diinsuranskan yang ditunjukkan dalam formula di bawah:
Jumlah Diinsuranskan x Kerugian ditaksir
Nilai Pasaran
Anda perlu menanggung baki kerugian. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanya akan terpakai jika amaun insurans terkurang adalah lebih daripada 10% berbanding dengan nilai pasaran.
Jika anda memutuskan untuk menginsuranskan motosikal anda melebihi nilai pasaran (iaitu insurans berlebihan), jumlah tuntutan adalah berdasarkan nilai pasaran motosikal sahaja, dan bukan jumlah diinsuranskan.