Motorcycle Insurance ialah insurans motosikal komprehensif yang diunderait oleh Chubb Insurance Malaysia Berhad ("Chubb"). Ia memberikan perlindungan terhadap liabiliti kepada pihak ketiga apabila berlaku kecederaan atau kematian dan kerosakan harta benda pihak ketiga. Ia juga memberikan perlindungan terhadap perlanggaran, hentaman atau kerosakan akibat kebakaran yang tidak disengajakan pada motosikal anda atau kecurian motosikal anda.
Anda juga boleh membeli perlindungan lanjutan seperti Semua Penunggang, Liabiliti Undang-undang kepada Pembonceng, Peril Khusus (kerosakan yang timbul daripada peril seperti banjir dan tanah runtuh) dan Mogok Rusuhan dan Kekacauan Awam (SRCC) dengan membayar premium tambahan.
Nota ini adalah ringkas dan tidak menyeluruh. Sila rujuk Ungkapan Polisi untuk butiran penuh mengenai manfaat, pengecualian, terma & syarat.