Beberapa pengecualian utama di bawah Motorcycle Insurance ialah:
- jika anda atau penunggang sah anda tidak mempunyai lesen yang sah untuk menunggang motosikal anda;
- jika anda atau penunggang sah anda terpengaruh oleh alkohol atau minuman keras yang memabukkan, narkotik, dadah berbahaya atau apa-apa dadah berbahaya atau bahan memabukkan yang lain;
- kerugian, kerosakan atau liabiliti yang timbul daripada bencana alam iaitu banjir, ribut atau tanah runtuh (melainkan perlindungan lanjutan untuk Peril Khusus dibeli).
- jika motosikal digunakan untuk perlumbaan.
Sila ambil perhatian bahawa senarai di atas tidak lengkap.Untuk mendapatkan senarai pengecualian penuh, sila rujuk Dokumen Polisi yang akan diberikan kepada anda selepas pembelian.