Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) ialah sejenis diskaun premium yang diberikan sekiranya anda tidak membuat tuntutan dalam tempoh insurans anda sebelumnya (dengan syarat tempoh insurans melebihi satu tahun).
NCD yang diberikan akan meningkat dengan setiap pembaharuan jika anda terus tidak membuat tuntutan dalam tahun-tahun sebelum pembaharuan seperti yang ditunjukkan dalam skala di bawah:
Selepas 1 tahun tanpa tuntutan berterusan - 15%
Selepas 2 tahun tanpa tuntutan berterusan - 20%
Selepas 3 tahun tanpa tuntutan berterusan dan seterusnya - 25%