Anda boleh membatalkan polisi anda pada bila-bila masa dengan memberitahu Chubb melalui e-mel kepada Inquiries.MY@chubb.com. Setelah Chubb menerima notis penamatan daripada anda, anda berhak mendapat bayaran balik premium jika tiada tuntutan dibuat sebelum pembatalan.
Bayaran balik anda adalah perbezaan antara jumlah premium dan kadar jangka pendek biasa Chubb yang dikira bagi masa Chubb menanggung risiko sehingga tarikh Chubb menerima pemberitahuan, sebagaimana ditunjukkan di bawah:
| Tempoh Insurans | Bayaran Balik Premium |
| Tidak melebihi 1 minggu | 87.5% daripada jumlah premium |
| Tidak melebihi 1 bulan | 75.0% daripada jumlah premium |
| Tidak melebihi 2 bulan | 62.5% daripada jumlah premium |
| Tidak melebihi 3 bulan | 50.0% daripada jumlah premium |
| Tidak melebihi 4 bulan | 37.5% daripada jumlah premium |
| Tidak melebihi 6 bulan | 25.0% daripada jumlah premium |
| Tidak melebihi 8 bulan | 12.5% daripada jumlah premium |
| Melebihi 8 bulan | Tiada bayaran balik premium dibenarkan |