Private Car (Enhanced) ialah insurans kereta persendirian yang komprehensif yang ditanggung oleh Chubb Insurance Malaysia Berhad (“Chubb”), yang menyediakan perlindungan terhadap tanggungan kepada pihak ketiga untuk kecederaan atau kematian dan kerosakan pada harta pihak ketiga. Ia juga melindungi kerosakan akibat perlanggaran, impak atau kebakaran secara tidak sengaja ke atas kereta anda atau kecurian kereta anda. Ini adalah nota ringkas dan tidak menyeluruh. Sila rujuk Dokumen Polisi untuk maklumat penuh mengenai manfaat, pengecualian, terma & syarat.