Beberapa pengecualian utama di bawah Private Car (Enhanced) ialah:
(i) kerugian akibat kematian atau kecederaan badan pada diri anda sendiri selepas suatu kemalangan motor;
(ii) liabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpang di dalam kereta anda; dan
(iii) kerugian, kerosakan atau liabiliti yang timbul daripada bencana alam seperti banjir, ribut atau tanah runtuh.
(iv) jika kereta digunakan untuk sewa & ganjaran termasuk kereta sewa persendirian (melainkan lanjutan untuk Kereta Sewa Persendirian dibeli).
Sila ambil perhatian bahawa senarai di atas tidak lengkap. Untuk mendapatkan senarai pengecualian penuh, sila rujuk kepada Dokumen Polisi.