Nilai pasaran yang diperoleh daripada ISM-ABI akan disyorkan kepada anda pada halaman sebut harga. Anda boleh melaraskan jumlah yang anda ingin menginsuranskan kereta anda. Jumlah ini akan menjadi jumlah diinsuranskan bagi kereta anda, yang diinsuranskan berdasarkan Nilai Dipersetujui.
Anda dinasihati supaya menginsuranskan kereta anda pada nilai pasaran semasa.
Menginsuranskan kereta anda pada asas Nilai Dipersetujui bermakna pembayaran tuntutan adalah berdasarkan nilai dipersetujui yang anda pilih dan seperti yang dinyatakan dalam polisi sekiranya berlaku perkara-perkara berikut (1) kerugian keseluruhan sebenar, (2) kereta tidak dapat dibaiki dari aspek ekonomi atau (3) kecurian.