Untuk memproses bayaran balik, ikut langkah-langkah berikut:
1. Pergi ke halaman Pembayaran dan klik pada ID transaksi.
2. Skrol ke bawah dan cari butang Bayaran balik.
3. Masukkan jumlah bayaran balik. Untuk bayaran balik penuh, pastikan jumlahnya sama dengan amaun transaksi asal.
4. Setelah bayaran balik dimulakan, Atome akan memprosesnya dalam tempoh 5 hari bekerja. Harap maklum bahawa pemulangan amaun ke akaun pelanggan mungkin mengambil masa 10–15 hari bekerja, bergantung pada masa pemprosesan pihak bank. Anda boleh menyemak status dan butiran bayaran balik di bahagian Sejarah di sebelah kanan halaman.
Penting untuk diketahui:
1. Jika bayaran balik dibuat selepas pembayaran telah disalurkan ke akaun bank anda, Atome akan menolak jumlah bayaran balik tersebut daripada pembayaran anda yang seterusnya.
2. Hanya pihak peniaga yang boleh memulakan bayaran balik. Pelanggan dan pihak Atome tidak boleh memulakannya.
3.Sebaik sahaja bayaran balik dimulakan melalui Merchant Center, ia tidak boleh dibatalkan dan dianggap muktamad.