Berikut ialah beberapa panduan untuk membantu anda.
1) Sila kunci kad yang terjejas dengan segera untuk mengelakkan sebarang transaksi selanjutnya melalui aplikasi Atome > "Atome Card" > "Lihat CVV & Tetapan" > "Kunci Kad" dan mohon penggantian kad jika perlu. Jika anda tidak dapat mengakses aplikasi Atome, sila hubungi kami dengan segera untuk mendapatkan bantuan.
2) Berikut ialah beberapa situasi lazim yang sering disalah anggap sebagai caj tanpa kebenaran:
a) Keluarga dan rakan: Semak sama ada ahli keluarga atau rakan yang mempunyai akses kepada kad atau akaun anda telah membuat pembelian.
b) Pesanan yang dibatalkan: Jika anda baru-baru ini membatalkan pesanan, transaksi tersebut mungkin masih dipaparkan sebagai caj yang belum selesai buat sementara waktu. Caj tersebut akan hilang selepas tempoh yang singkat apabila pembatalan telah diproses sepenuhnya.
c) Caj berganda: Jika pembelian yang sama dipaparkan dua kali, sila semak sama ada salah satu transaksi masih belum selesai. Transaksi yang belum selesai mungkin merupakan kebenaran sementara dan tidak semestinya bermakna anda telah dikenakan caj dua kali. Jika kedua-dua transaksi telah selesai, sila hubungi peniaga untuk meminta bayaran balik bagi caj berganda tersebut.
d) Langganan dan pembayaran berulang: Caj yang tidak anda kenali mungkin berkaitan dengan pembaharuan langganan secara automatik atau tempoh percubaan percuma yang telah tamat. Sila semak butiran langganan dan terma percubaan percuma anda untuk mengetahui sama ada caj tersebut berkaitan dengannya.
e) Kaedah pembayaran yang baru ditambahkan: Apabila anda menambahkan kad baharu sebagai kaedah pembayaran, anda mungkin melihat caj bernilai kecil yang belum selesai dalam senarai transaksi anda. Ini ialah kebenaran sementara yang dimulakan oleh peniaga untuk mengesahkan bahawa kad anda sah. Anda tidak akan dikenakan caj bagi kebenaran ini.
3) Jika anda telah mengesahkan bahawa transaksi tersebut dibuat tanpa kebenaran anda, sila hubungi khidmat pelanggan. Pihak kami akan membimbing anda untuk mengemukakan pertikaian rasmi setelah transaksi tersebut selesai. Sebagai sebahagian daripada siasatan, kami akan memaklumkan kepada anda jika sebarang dokumen sokongan diperlukan. Atome akan berusaha sedaya upaya untuk memaklumkan keputusan akhir pertikaian yang dilaporkan dalam tempoh 180 hari kalendar dari tarikh Atome mengesahkan penerimaan permohonan pertikaian tersebut, tertakluk pada siasatan dan semakan yang diperlukan.
Nota: Jika pertikaian tersebut terbukti tidak sah, transaksi berkenaan akan kekal dalam bil anda, berserta yuran dan caj berikut yang berkenaan:
- Caj Visa (yuran pemfailan, yuran pentadbiran dan sebagainya).
- Caj kewangan dan yuran pembayaran lewat yang berkaitan.