Sekiranya pengguna gagal membuat bayaran, kami telah menetapkan beberapa langkah untuk membantu mereka kembali ke landasan yang betul. Kami akan mula menghantar peringatan bayaran 3 hari sebelum tarikh akhir melalui pelbagai saluran.Sekiranya pemotongan automatik tidak berjaya pada tarikh akhir bayaran, akaun Atome pengguna akan dibekukan sementara keesokan harinya.
Untuk mengaktifkan semula akaun, pengguna perlu menyelesaikan semua bayaran tertunggak bersama Caj Lewat Bayar yang dikenakan (dihadkan kepada RM23 bagi setiap bayaran tertunggak). Dalam sesetengah kes, denda tambahan sebanyak RM7 juga mungkin dikenakan, bergantung kepada sumber pembiayaan yang ditetapkan oleh sistem kami.
Sebaik sahaja baki penuh dijelaskan, akaun akan melalui semakan ringkas sebelum ia diaktifkan semula. Selepas itu, pengguna boleh terus menggunakan Atome seperti biasa.