Kad Atome memberi anda kebebasan untuk Beli Sekarang, Bayar Kemudian untuk keperluan harian dan banyak lagi. Ia boleh digunakan di seluruh dunia di mana Visa diterima – menawarkan kaedah pembayaran fleksibel dan lancar.
Nikmati pembayaran tanpa faedah sehingga 40 hari tanpa bayaran pendahuluan, atau pilih pelan ansuran patuh Shariah sehingga 12 bulan. Kad Atome juga tiada yuran tahunan dan anda akan menerima mata ganjaran Atome+ tanpa had untuk setiap transaksi – menjadikan setiap pembelian lebih berbaloi.