Polisi ini direka secara eksklusif untuk pengguna akaun berdaftar Atome Malaysia. Untuk layak membeli Polisi ini, Anda mesti:
(a) seorang warganegara, penduduk tetap, pemegang permit kerja atau pemegang pas tanggungan Malaysia yang berumur antara 18 hingga 75 tahun sahaja;
(b) membuat transaksi untuk barangan atau perkhidmatan daripada rakan niaga Atome Malaysia;
(c) pilih Atome sebagai kaedah pembayaran di laman web rakan niaga yang berkaitan atau imbas kod QR Atome di kaunter rakan niaga yang berkaitan untuk pembelian; dan
(d) pilih struktur pembayaran tertunda Atome "Bayar dalam 3".